Saturday, January 15, 2011

istighfar

Istighfar adalah salah satu cara membersihkan hati dan menyucikan jiwa...dengan kehidupan yang dilalui penuh ranjau, sebagai hamba Allah yang tidak sempurna...mustahil kesilapan tidak pernah menjengah....bukan meminta untuk membuat khilaf, namun kekurangan diri dan kelemahan iman kadang2 menjadikan diri sukar untuk memilih yang benar dan yang salah...Ya Allah...ampunilah segala dosa hambaMu yang lemah ini......

Rasulullah SAW pernah mengajar istighfar kepada Abu Bakar as-Siddiq....yang bermaksud...

"Ya Allah, aku telah banyak menzalimi diriku. Tidak ada yang dapat mengampunkan dosaku selainMu. Ampunilah diriku dengan ampunanMu dan sayangilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang."         
                                                          (Sumber: Buku Mukjizat Qiamullail; Yusni A. Ghazali)

Waktu terbaik mengucapkan istighfar adalah ketika seseorang melakukan dosa atau kezaliman. Walaupun dosa yang dilakukan berkali-kali, mungkin kerana lemahnya iman seseorang itu maka sudah menjadi kewajipannya juga untuk berkali-kali melafazkan istighfar. Namun begitu, seseorang itu tetap harus bertekad untuk tidak mengulangi dosa dan perbuatan zalim yang pernah dilakukannya. Sentiasalah beristighfar kepada Allah kerana orang yang sentiasa beristighfar termasuk dalam golongan orang-orang yang bertakwa.

Sunday, January 2, 2011

Lukisan Tinta....

PYANHABIB
“KITA YANG MEMILIH UNTUK TIDAK MENANGIS SELEPAS DIPERMAINKAN CINTA DUNIAWI, BERBAHAGIALAH. SEBURUK APA PUN MASA LALU KITA, KALAU HARI INI KITA BENAR-BENAR BERTAUBAT DAN PERBAIKI DIRI, INSYAALLAH SEMUA KEBURUKKAN ITU AKAN TERHAPUS. HARI INI ADALAH UNTUK MENANAM BENIH DAN MASA DEPAN ADALAH WAKTU UNTUK MENUAI HASIL. JIKA KITA INGIN TAHU MASA DEPAN KITA, MAKA LIHATLAH APA YANG KITA LAKUKAN SEKARANG”



Keindahan Ciptaan Allah...

Putih bersih warnanya...bagai tiada yang mencalari keindahannya....
Ya Allah...jagailah hati2 kami agar tak dikotori dengan kekhilafan kami sendiri....

Best Lyric....Nasyid Song

DESTINASI CINTA (MESTICA)

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan


Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi


Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi


C/O Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu


Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)


Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku.... Ya Allah...

Saturday, January 1, 2011

satu permulaan yang baru bermula....

01.01.11....

tarikh ini sebagai tanda permulaanku untuk berkarya, berkongsi pendapat, memberi dan menerima melalui laman blog....berterima kasih kepada seorang sahabat yang mencetuskan idea untuk ku berkarya di sini...mg2 ada input dan output yang baik untuk diperjuangkan...insyaAllah