Saturday, January 15, 2011

istighfar

Istighfar adalah salah satu cara membersihkan hati dan menyucikan jiwa...dengan kehidupan yang dilalui penuh ranjau, sebagai hamba Allah yang tidak sempurna...mustahil kesilapan tidak pernah menjengah....bukan meminta untuk membuat khilaf, namun kekurangan diri dan kelemahan iman kadang2 menjadikan diri sukar untuk memilih yang benar dan yang salah...Ya Allah...ampunilah segala dosa hambaMu yang lemah ini......

Rasulullah SAW pernah mengajar istighfar kepada Abu Bakar as-Siddiq....yang bermaksud...

"Ya Allah, aku telah banyak menzalimi diriku. Tidak ada yang dapat mengampunkan dosaku selainMu. Ampunilah diriku dengan ampunanMu dan sayangilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang."         
                                                          (Sumber: Buku Mukjizat Qiamullail; Yusni A. Ghazali)

Waktu terbaik mengucapkan istighfar adalah ketika seseorang melakukan dosa atau kezaliman. Walaupun dosa yang dilakukan berkali-kali, mungkin kerana lemahnya iman seseorang itu maka sudah menjadi kewajipannya juga untuk berkali-kali melafazkan istighfar. Namun begitu, seseorang itu tetap harus bertekad untuk tidak mengulangi dosa dan perbuatan zalim yang pernah dilakukannya. Sentiasalah beristighfar kepada Allah kerana orang yang sentiasa beristighfar termasuk dalam golongan orang-orang yang bertakwa.

No comments:

Post a Comment